Friday 25 April 2014

Sorry Aku dah Tak Lalu...

Salam,

Maaf korang aku juga manusia biasa. Kalau korang terbaca post ni dan juga blog aku ni, terpulang la korang nak marah ke apa ke.... Kepada yang terasa nanti aku mintak maaf banyak-banyak sebab kalau aku tak meluahkan ye nanti aku yang terbeban. So this is a part of my therapy to reduce my stress...

Dalam kos kita, aku pernah bekerjasama hampir dengan semua orang, so kadang-kadang boleh dengar macam-macam orang merungut pasal orang lain.. Ye aku sedar yang aku ni pun bukan ye rajin sangat, nasib je kadang tu dapat markah ok.. Memang korang lebih 'rajin' dan pandai daripada aku, memang aku sedar tahap aku tapi kalau assingment tu tolong la main peranan..

Sometimes, salah sorang patut mengoffer diri untuk menglead assing tu, baru la boleh berjalan dengan ok.. Tapi kononnya group aku ni nak kesamarataan kate ye... Tak pernah pun ade leader untuk assing kiteorang. Just duduk bincang kemudian bahagi-bahagikan tugas.. Nampak mudah tapi hakikat ye berterabur, memang masing-masing ada part masing tapi yang sakitnya bila part nak compile semua ye!!!! Ye memang aku rela nak mengcompile tu tapi kadang tu aku sampai tidur kot nak kan hasil yang terbaik sebab benda ni dah tak boleh nak diperbetulkan kalo dh submit. Aku rela korbankan tidur aku tu, tak kesah pun... Tapi bile part yang ko yang bagi tu kadang cincai boncai je, bende tu makan masa aku nak edit balik. Bile tengok aku dok mengcompile ko pun offer diri juga nak buat untuk assign seterusnya, tapi bile dah siap ini tak de, itu tak de.. Ape masalah ko sebenar ye???  Just ambik nama buat kerja?? Nanti korang nak buat thesis macam mana semua individu, tak de sape peduli apa yang ko tulis...

Kalau la boleh bertukar kumpulan, memang nak saja aku tukar, tapi nak buat macam mana kosmate kita dah fixed dalam group macam tu. Semua assign, group yang sama dengan ahli yang sama.. bila dipikir-pikir menyesal aku masuk group ni tapi apakan daya nasi dah jadi bubur, salah aku juga..

Paling-paling aku sakit hati dengan korang adalah bab masa. Janji pukul berapa, muncul ye entah pukul berapa...Aku memang dh agak pasal masalah ni, kadang sengaja aku lewat muncul cikit dalam sepuluh minit tapi rupa nya korang lagi lambat.. Korang memang tak reti punctual ke?? Nanti dah kerja macam mana?? Sanggup gaji kene potong sebab datang lambat?? Alasan sebab lambat bangun tidur?? Haha lawak la wei dah boleh jadi mak dengan bapak orang nk bangun pagi pun susah.. Dasar manja tak bertempat..

Tu la stress jugak aku dengan korang ni... nak buat macam mana kan manusia pelbagai ragam dan korang sebahagian daripadanya.. Hadap la jugak.. kalo korang jumpe blog ni nasib la ye..


Sekian.
Stress telah dapat dikurangkan.

Tuesday 25 February 2014

Sem 4

Assalam...

Sedar tak sedar dah masuk sem 4, rasa macam masih baru nak daftar masuk UM ni.
Hanya tinggal 3 semester saja lagi nak habis belajar. Ohhh semoga diberikan kekuatan nak menghadap pelbagai benda sehingga ke hari konvo. InsyaAllah..

Pointer sem lepas???
Alhamdullilah ada peningkatan walaupun sedikit tapi lebih kepada statik. Masih sama seperti di sem lepas-lepas. Orang lain meningkat tapi aku asyik duduk kat takuk yang sama =.=''
Nak buat macam manakan orang belajar bersungguh-sungguh tapi aku hanya mampu berala kadar sahaja.
Sesungguh pun ada paper yang aku jatuh teruk sangat, namun tak sangka juga ada paper yang banyak membantu menstabilkan balik pointer. Actually memang tak jangka pun dapat result macam tu. Paper yang dapat skor tu pun sebenar ye study last minit. Memang minit-minit yang terakhir. Esok exam pukul 8.30 pagi, malam ni baru terkebil-kebil nak try2 soalan die. Astaga!!! OK tolong jangan buat begini lagi ye dan jangan mencontohi ye!!! Ini sangat merbahaya untuk masa hadapan anda semua...

Oleh sebab itu(penanda wacana yg sgt bagus!!), Sem 4 ni haruslah merancang dengan lebih teliti malah berhati-hati. Maka dengan itu sem ni hanya akan menunpukan kepada paper2 geografi dan satu paper geologi. Sekarang dah minggu ke-2 dan assingment pun mula datang nak ngorat2 supaya jatuh cinta kat die tapi kompem2 la aku hanya mampu berkenal-kenal gitu je. hahaha nak jatuh cinta padanya?? mungkin pada sesetengah daripadanya tapi tidak mampu pada keseluruhan..

Dengan ini saya berdoa agar semester ke empat ini dapat ditempuhi dengan jaya ya..

Sekian.


#MasihBerfikir nak pergi outbound ataupun tidak...



Wednesday 28 August 2013

Taniah New RSS second batch!!!

Salam semua,

Apa khabar semua??
Harap sihat-sihat sejahtera ok..
Sepatutnye blog ni kene ada post tiap minggu selama 12 minggu beturut-turut bermula dari 8 Jun time study week sampai la last week 24 Ogos bagi membolehkan saya layak menjadi seorang RSS. Di sebabkan saya tidak mengepost ape2 pun di dalam blog ini telah membuatkan saya punye kelayakan telah tergugur secara automatik(pendapat saya sendiri la)..

So, tujuan saya membuat post ini adalah untuk mengucapkan taniah kepada rakan-rakan yang telah berjaya tepilih untuk menjadi RSS second batch terutamanya dari group Empire Puma. Sorry sangat-sangat kalau disebabkan saya nanti group ini tidak dapat dipilih untuk menjadi group terbaik semasa sesi pentauliahan di MHS 2013/2014 sebab tak semua ahli ye berjaya menjadi RSS. Good luck korang, semoge dapat menjadi coach yang terbaik buat freshie-freshie nanti.

Kepada coach kak Atiqah, abang Arif dan kak Inia terima kasih banyak-banyak diucapkan kerana telah meluangkan masa bagi sesi coaching yang sangat bermanfaat. Maaf sesangat kalau jika saya menjadi produk tidak berjaya anda semua. Kepada Pihak SERU pula, maaf juga kerana telah menurunkan peratus kejayaan projek anda sebab tidak memberikan komitmen untuk melayakkan diri menjadi RSS.

Last but not least kepada Abang Amirul dan Kak Elin, sejujur-jujur ye saya tidak tertarik dengan program RSS(kepada ahli2 RSS dan pihak terlibat tolong jangan ambil hati kerana ini bukan kerana anda). Mungkin saya ni hipokrit(tak pasti apa istilah yang sesuai) walaupun tak tertarik tapi masih nak join dan last2 langsung tak beri komitmen . Saya langsung tak berminat dengan merit yang ditawarkan ataupun pentauliahan di pentas DTC semasa MHS. Entahla, mungkin pengisian program ini yang menarik saya. Saya gembira apabila menjalani sesi coaching dan mendengar sesi bersama Abang Amirul dan Kak Elin. Banyak ilmu yang tak terkata telah saya dapat dalam program ini. Apa yang paling penting saya pelajari di sini adalah always be positive!! bila kita dah positif, kita akan sentiasa dapat memacu diri ke arah yang kita kehendaki. Mungkin disebabkan saya tidak ada tarikan terhadap RSS, saya tidak mampu untuk menghasilkan essay mengapa saya mahu menjadi seorang RSS.

Akhir kata saya memohon maaf kerana tidak menjadi produk yang berjaya kepada pihak SERU, Abang Amirul dan Kak Elin, coach kak Atiqah, abang Arif dan kak Inia, dan group Empire Puma. Saya gembira dan puas kerana dapat menginvestkan masa saya bersama anda semua..

#EMPIRE PUMA  Good Luck Presentation Group time MHS kat DTC next week!!!

sekian

FIRDAUS ISHAK



Friday 5 July 2013

Tamat Tahun Pertama

Salam dan hello semua,

Minggu lepas secara rasminya telah tamat pengajian tahun pertama di Universiti Malaya. Walaupun terpaksa mengharungi final exam dalam keadaan terebu yang teruk tapi alhamdulillah kerana bencana ini dapat membuatkan manusia mengingati kebesaran Allah SWT semula. Nasib baik pada hari last paper jerebu telah berkurangan kerana hujan telah turun dengan lebatnya pada hari sebelum itu.

Banyak kenangan manis dan pahit telah dilalui sepanjang tahun pertama di UM ni. Bermula dengan MHS sehinggalah ke final exam semuanya akan terpahat dalam minda. Pada mula tak berminat untuk mendaftar di UM kerana kursus yang ditawarkan bukan lah pilihan yang amat di kehendaki tapi dengan ketentuan Allah mendaftar juga di sini. Syukur sebab sekarang hati dah mampu menerima segalanya dan akan terus berusaha memperbaiki diri untuk kecermelangan dunia dan juga akhirat.

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada keluarga, rakan-rakan dan juga orang yang berada di sekeliling saya kerana telah memberi sokongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan di bumi UM ni. Sekarang hanya mampu berdoa supaya diberikan keputusan final yang terbaik setelah usaha yang dilakukan.
Semoga semua kosmate-kosmate Sains Geografi mendapat keputusan yang terbaik.

Akhir sekali selamat menyambut ketibaan bulan Ramadan kepada semua umat islam diluar sana. Gunakan la peluang ini untuk mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah SWT. InsyaAllah..


Sekian
FIRDAUS ISHAK

Saturday 11 May 2013

Awesome Day..

Salam,

Hari ni ada wrap up session untuk Peer Coaching yang telah kami(RSS) ikuti selama 4 kali sesi coaching. So, setiap daripada kitaorang kena bercakap dihadapan dewan untuk memberitahu apa yang telah kita dapat selama sesi coaching ini berlangsung. Alhamdulillah semuanya telah berjaya berkongsi dengan baiknya walaupun ada yang ketaq dan gemuruh(akulah tu) ketika pegang microphone tu.

Tengah terketaq-ketaq untuk berkongsi.
Aku rasa sangat bertuah sebab telah diletakkan dalam kumpulan Empire Puma yang bertemakan hitam oren. Terima kasih kepada coach-coach kumpulan ini iaitu kak Tiqah, abang Arif, dan kak Inia yang sudi mendengar, memberi pandangan dan nasihat serta berkongsi pengalaman. Terima kasih juga kepada ahli-ahli kumpulan yang amat sporting untuk berkongsi apa saja yang membuatkan aku rasa sangat berguna. Harap-harap kita semua dapat ditauliahkan sebagai RSS yang rasmi nanti.

Empire Puma bersama Abang Amirul
Lepas tamat tu, Jay, Edwin, Nadwa dengan aku pergi makan di KFC yeaa!!! disebabkan yang lain tak dapat ikut so hanya kami berempat la yang pergi. Dengan gigihnya kami pun berjalan dari fakulti Sastera ke KFC di tengah hari yang panas tadi. Nasib baik aku tak bawak motor, kat luar tu memang jem yang amat. Walaupun sebelum ni aku tak pernah nak bersembang dengan Jay dan Nadwa walaupun satu kumpulan, (maklumla aku ni tak banyak bercakap sangat), ternyata diaorang ni sporting! macam-macam kitaorang sembang dalam KFC tu. Aku sangat terharu tengok Jay call roomate dia tanya nak bungkus apa sebab dua orang roomate dia yang melayu puasa hari ni. You memang caring Jay, bangga dapat kenal dengan you. Lepas sejam lebih kitaorang pun balik ke UM dengan berjalan kaki.

Hari yang sangat menarik bagi aku kerana tidak menjangkakan yang ia akan menjadi semeriah ini. InsyaAllah malam ni aku nak join program U&Me 'Food Homeless" untuk kelandangan. Aku akan menggunakan peluang ini untuk melihat bagaimana kehidupan sebenar-benarnya pada waktu malam di kota metropolitan ini. Inilah masanya sebab kalau nak keluar tengah-tengah  malam kat KL ni amat berbahaya. Doakan semuanya akan berjalan dengan lancar. Amin.

Sekian
FIRDAUS ISHAK 

  
 

Friday 10 May 2013

SEDIA MEMBANTU

Salam,

SEDIA MEMBANTU!!

by Firdaus Ishak


Itulah moto yang digunakan oleh sukarelawan UM untuk Program We Care 4 All di PPUM. Program ini dah berjalan selama tiga minggu dan pada hari ini aku telah menyertainya. Kami diletak di kawasan kereta berhenti untuk menurun dan mengambil pesakit.  Ia bertujuan supaya kami dapat membantu para pesakit terutamanya yang menggunakan kerusi roda untuk naik ke kereta. 

Oleh sebab program ini masih baru dan kurang mendapat sambutan dari kalangan mahasiswa untuk menyertainya, jadi hanya 9 volunteer yang menyertainya untuk sesi petang ini. 

Setelah selesai bervolunteer, kami bergambar... 
Disebabkan jumlah yang kecil inilah baru semuanya dapat merasa pengalaman volunteer membantu pesakit secara sebenar-benarnya. Memang banyak lagi aktiviti sukarelawan yang terdapat dianjurkan oleh UM terutamanya pihak kolej kediaman, akan tetapi mungkin kesukarelawannya kurang keikhlasanya. Bukan nak mengata atau memburukkan sesiapa yang menyertai aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh pihak kolej, tetapi jika dilihat bila kita menyertainya yang pasti apa yang dikejar adalah merit. Kadangkala terdapat aktiviti sukarelawan yang disponser baju dan dibayar elaun. Erti SUKARELAwan itu sendiri telah lari maknanya. Maaf jika ada yang terasa, ini adalah pandangan persendirian sahaja.

Secara amnya, aku rasa para pesakit gembira dengan bantuan yang dihulurkan. Hampir kesemua yang kami bantu tadi adalah pesakit strok. Bukannya mudah untuk mereka bangun dari kerusi roda bagi naik ke kereta terutamanya jika hanya ada seorang ahli keluarga je yang membantu. Aku telah berpeluang memimpin (lebih tepat angkat dari wheelchair masuk ke kereta) seorang pesakit ni, dan sememangnya sukar sangat sebab berat dia tidak digambarkan melalui saiz bandannya yang kurus. Mungkin sebab badan dia dah mati(tidak dapat digerakkan) agaknya menyebabkan ia menjadi berat.

Part yang aku paling suka adalah lepas bantu seorang pesakit ni naik kereta, tiba-tiba ada seorang kakak  chinese ni datang tanya kat aku. Seolah-olah diinterview pula. Dia ni mulanya aku ingatkan family patient yang aku bantu tadi, rupanya bukan. Dia begitu excited dengan volunteer yang kami buat. Dia tanye bila mula? Kita orang ni dari mana? Hanya untuk charity je ke? dia cakap dulu time dia selalu datang dengan kakak dia tak de pun volunteer ni. Mungkin dia sebenarnya memerlukan pertolongan kut time tu. Lastly,  dia puji bagus kerja-kerja membantu yang kami lakukan ni dan muka dia happy sangat.

Masa ni barulah terasa nikmat membantu orang yang sakit ni walaupun hanya menggunakan sedikit kuderat. Kita akan dapat lihat wajah-wajah pesakit yang muram dan familynya yang serius bertukar menjadi senyuman selepas kita membantu mereka. Jangan takut membantu walaupun muka mereka kelihatan garang. InsyaAllah semuanya akan berubah jika kita melakukan dengan ikhlas. Perkataan thank you dan terima kasih itu betul-betul menyentuh hati. 

Jika diberi peluang lagi, aku teringin untuk melakukannya lagi.

sebagai kenangan..
Sekian.
FIRDAUS ISHAK










Wednesday 8 May 2013

Cuba dan terus mencuba

Salam,

Cuba dan terus mencuba, itu adalah erti kehidupan sebagai proses satu pembelajaran tanpa henti.
Alhamdulillah sem ni aku berjaya merasakan ada peningkatan dalam diri ini walaupun ia tidak la senbanyak mana pun. Berbanding dengan semester yang lepas kebanyakkan kursus-kursus yang aku ambil agak kurang difahami apa isi kandungan yang dipelajari sehinggalah menghampiri final exam barulah dapat memahaminya.

Walaupun CGPA aku berada di tahap kepujian, ini tidak bermakna aku boleh selesa dengannya. Jalan terlalu suka berada di dalam zon keselesaan kerana ia tidak akan membawa peningkatan kepada diri kita. Bagi sem ni aku kena berusaha dengan lebih keras untuk mencapai tahap yang lebih bagus. Adalah tidak mustahil untuk aku melakukannya kerana kosmate-kosmate yang lain berjaya mendapatkan pointer yang lebih tinggi pada semester yang lepas.

Apa yang penting adalah pasang niat untuk berjaya dan berusaha segigih yang boleh. Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal buat selama-lamanya. Akhir sekali ikhlaskanlah diri dalam melakukan apa pun jua perkara keranaNya.

Sekian,
FIRDAUS ISHAK