Friday 10 May 2013

SEDIA MEMBANTU

Salam,

SEDIA MEMBANTU!!

by Firdaus Ishak


Itulah moto yang digunakan oleh sukarelawan UM untuk Program We Care 4 All di PPUM. Program ini dah berjalan selama tiga minggu dan pada hari ini aku telah menyertainya. Kami diletak di kawasan kereta berhenti untuk menurun dan mengambil pesakit.  Ia bertujuan supaya kami dapat membantu para pesakit terutamanya yang menggunakan kerusi roda untuk naik ke kereta. 

Oleh sebab program ini masih baru dan kurang mendapat sambutan dari kalangan mahasiswa untuk menyertainya, jadi hanya 9 volunteer yang menyertainya untuk sesi petang ini. 

Setelah selesai bervolunteer, kami bergambar... 
Disebabkan jumlah yang kecil inilah baru semuanya dapat merasa pengalaman volunteer membantu pesakit secara sebenar-benarnya. Memang banyak lagi aktiviti sukarelawan yang terdapat dianjurkan oleh UM terutamanya pihak kolej kediaman, akan tetapi mungkin kesukarelawannya kurang keikhlasanya. Bukan nak mengata atau memburukkan sesiapa yang menyertai aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh pihak kolej, tetapi jika dilihat bila kita menyertainya yang pasti apa yang dikejar adalah merit. Kadangkala terdapat aktiviti sukarelawan yang disponser baju dan dibayar elaun. Erti SUKARELAwan itu sendiri telah lari maknanya. Maaf jika ada yang terasa, ini adalah pandangan persendirian sahaja.

Secara amnya, aku rasa para pesakit gembira dengan bantuan yang dihulurkan. Hampir kesemua yang kami bantu tadi adalah pesakit strok. Bukannya mudah untuk mereka bangun dari kerusi roda bagi naik ke kereta terutamanya jika hanya ada seorang ahli keluarga je yang membantu. Aku telah berpeluang memimpin (lebih tepat angkat dari wheelchair masuk ke kereta) seorang pesakit ni, dan sememangnya sukar sangat sebab berat dia tidak digambarkan melalui saiz bandannya yang kurus. Mungkin sebab badan dia dah mati(tidak dapat digerakkan) agaknya menyebabkan ia menjadi berat.

Part yang aku paling suka adalah lepas bantu seorang pesakit ni naik kereta, tiba-tiba ada seorang kakak  chinese ni datang tanya kat aku. Seolah-olah diinterview pula. Dia ni mulanya aku ingatkan family patient yang aku bantu tadi, rupanya bukan. Dia begitu excited dengan volunteer yang kami buat. Dia tanye bila mula? Kita orang ni dari mana? Hanya untuk charity je ke? dia cakap dulu time dia selalu datang dengan kakak dia tak de pun volunteer ni. Mungkin dia sebenarnya memerlukan pertolongan kut time tu. Lastly,  dia puji bagus kerja-kerja membantu yang kami lakukan ni dan muka dia happy sangat.

Masa ni barulah terasa nikmat membantu orang yang sakit ni walaupun hanya menggunakan sedikit kuderat. Kita akan dapat lihat wajah-wajah pesakit yang muram dan familynya yang serius bertukar menjadi senyuman selepas kita membantu mereka. Jangan takut membantu walaupun muka mereka kelihatan garang. InsyaAllah semuanya akan berubah jika kita melakukan dengan ikhlas. Perkataan thank you dan terima kasih itu betul-betul menyentuh hati. 

Jika diberi peluang lagi, aku teringin untuk melakukannya lagi.

sebagai kenangan..
Sekian.
FIRDAUS ISHAK










No comments:

Post a Comment