Saturday 11 May 2013

Awesome Day..

Salam,

Hari ni ada wrap up session untuk Peer Coaching yang telah kami(RSS) ikuti selama 4 kali sesi coaching. So, setiap daripada kitaorang kena bercakap dihadapan dewan untuk memberitahu apa yang telah kita dapat selama sesi coaching ini berlangsung. Alhamdulillah semuanya telah berjaya berkongsi dengan baiknya walaupun ada yang ketaq dan gemuruh(akulah tu) ketika pegang microphone tu.

Tengah terketaq-ketaq untuk berkongsi.
Aku rasa sangat bertuah sebab telah diletakkan dalam kumpulan Empire Puma yang bertemakan hitam oren. Terima kasih kepada coach-coach kumpulan ini iaitu kak Tiqah, abang Arif, dan kak Inia yang sudi mendengar, memberi pandangan dan nasihat serta berkongsi pengalaman. Terima kasih juga kepada ahli-ahli kumpulan yang amat sporting untuk berkongsi apa saja yang membuatkan aku rasa sangat berguna. Harap-harap kita semua dapat ditauliahkan sebagai RSS yang rasmi nanti.

Empire Puma bersama Abang Amirul
Lepas tamat tu, Jay, Edwin, Nadwa dengan aku pergi makan di KFC yeaa!!! disebabkan yang lain tak dapat ikut so hanya kami berempat la yang pergi. Dengan gigihnya kami pun berjalan dari fakulti Sastera ke KFC di tengah hari yang panas tadi. Nasib baik aku tak bawak motor, kat luar tu memang jem yang amat. Walaupun sebelum ni aku tak pernah nak bersembang dengan Jay dan Nadwa walaupun satu kumpulan, (maklumla aku ni tak banyak bercakap sangat), ternyata diaorang ni sporting! macam-macam kitaorang sembang dalam KFC tu. Aku sangat terharu tengok Jay call roomate dia tanya nak bungkus apa sebab dua orang roomate dia yang melayu puasa hari ni. You memang caring Jay, bangga dapat kenal dengan you. Lepas sejam lebih kitaorang pun balik ke UM dengan berjalan kaki.

Hari yang sangat menarik bagi aku kerana tidak menjangkakan yang ia akan menjadi semeriah ini. InsyaAllah malam ni aku nak join program U&Me 'Food Homeless" untuk kelandangan. Aku akan menggunakan peluang ini untuk melihat bagaimana kehidupan sebenar-benarnya pada waktu malam di kota metropolitan ini. Inilah masanya sebab kalau nak keluar tengah-tengah  malam kat KL ni amat berbahaya. Doakan semuanya akan berjalan dengan lancar. Amin.

Sekian
FIRDAUS ISHAK 

  
 

2 comments:

  1. Hari ni mmg sngt meriah. Extra meriah. Haha. Sygnya tak dpt ikut korg ke kfc. Ish ! Tak apa. Pastikan insyaAllah ada masa lain. Heheh.

    Terima kasih jugak sbb sudi lah nak kongsi and terima apa kami ckp. Kitorg pon masih belajar jugak. Sama2 dalam learning process. ^^,

    ReplyDelete
  2. seronoknya...nice post!! :))))

    ReplyDelete