Wednesday 28 August 2013

Taniah New RSS second batch!!!

Salam semua,

Apa khabar semua??
Harap sihat-sihat sejahtera ok..
Sepatutnye blog ni kene ada post tiap minggu selama 12 minggu beturut-turut bermula dari 8 Jun time study week sampai la last week 24 Ogos bagi membolehkan saya layak menjadi seorang RSS. Di sebabkan saya tidak mengepost ape2 pun di dalam blog ini telah membuatkan saya punye kelayakan telah tergugur secara automatik(pendapat saya sendiri la)..

So, tujuan saya membuat post ini adalah untuk mengucapkan taniah kepada rakan-rakan yang telah berjaya tepilih untuk menjadi RSS second batch terutamanya dari group Empire Puma. Sorry sangat-sangat kalau disebabkan saya nanti group ini tidak dapat dipilih untuk menjadi group terbaik semasa sesi pentauliahan di MHS 2013/2014 sebab tak semua ahli ye berjaya menjadi RSS. Good luck korang, semoge dapat menjadi coach yang terbaik buat freshie-freshie nanti.

Kepada coach kak Atiqah, abang Arif dan kak Inia terima kasih banyak-banyak diucapkan kerana telah meluangkan masa bagi sesi coaching yang sangat bermanfaat. Maaf sesangat kalau jika saya menjadi produk tidak berjaya anda semua. Kepada Pihak SERU pula, maaf juga kerana telah menurunkan peratus kejayaan projek anda sebab tidak memberikan komitmen untuk melayakkan diri menjadi RSS.

Last but not least kepada Abang Amirul dan Kak Elin, sejujur-jujur ye saya tidak tertarik dengan program RSS(kepada ahli2 RSS dan pihak terlibat tolong jangan ambil hati kerana ini bukan kerana anda). Mungkin saya ni hipokrit(tak pasti apa istilah yang sesuai) walaupun tak tertarik tapi masih nak join dan last2 langsung tak beri komitmen . Saya langsung tak berminat dengan merit yang ditawarkan ataupun pentauliahan di pentas DTC semasa MHS. Entahla, mungkin pengisian program ini yang menarik saya. Saya gembira apabila menjalani sesi coaching dan mendengar sesi bersama Abang Amirul dan Kak Elin. Banyak ilmu yang tak terkata telah saya dapat dalam program ini. Apa yang paling penting saya pelajari di sini adalah always be positive!! bila kita dah positif, kita akan sentiasa dapat memacu diri ke arah yang kita kehendaki. Mungkin disebabkan saya tidak ada tarikan terhadap RSS, saya tidak mampu untuk menghasilkan essay mengapa saya mahu menjadi seorang RSS.

Akhir kata saya memohon maaf kerana tidak menjadi produk yang berjaya kepada pihak SERU, Abang Amirul dan Kak Elin, coach kak Atiqah, abang Arif dan kak Inia, dan group Empire Puma. Saya gembira dan puas kerana dapat menginvestkan masa saya bersama anda semua..

#EMPIRE PUMA  Good Luck Presentation Group time MHS kat DTC next week!!!

sekian

FIRDAUS ISHAK



Friday 5 July 2013

Tamat Tahun Pertama

Salam dan hello semua,

Minggu lepas secara rasminya telah tamat pengajian tahun pertama di Universiti Malaya. Walaupun terpaksa mengharungi final exam dalam keadaan terebu yang teruk tapi alhamdulillah kerana bencana ini dapat membuatkan manusia mengingati kebesaran Allah SWT semula. Nasib baik pada hari last paper jerebu telah berkurangan kerana hujan telah turun dengan lebatnya pada hari sebelum itu.

Banyak kenangan manis dan pahit telah dilalui sepanjang tahun pertama di UM ni. Bermula dengan MHS sehinggalah ke final exam semuanya akan terpahat dalam minda. Pada mula tak berminat untuk mendaftar di UM kerana kursus yang ditawarkan bukan lah pilihan yang amat di kehendaki tapi dengan ketentuan Allah mendaftar juga di sini. Syukur sebab sekarang hati dah mampu menerima segalanya dan akan terus berusaha memperbaiki diri untuk kecermelangan dunia dan juga akhirat.

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada keluarga, rakan-rakan dan juga orang yang berada di sekeliling saya kerana telah memberi sokongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan di bumi UM ni. Sekarang hanya mampu berdoa supaya diberikan keputusan final yang terbaik setelah usaha yang dilakukan.
Semoga semua kosmate-kosmate Sains Geografi mendapat keputusan yang terbaik.

Akhir sekali selamat menyambut ketibaan bulan Ramadan kepada semua umat islam diluar sana. Gunakan la peluang ini untuk mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah SWT. InsyaAllah..


Sekian
FIRDAUS ISHAK

Saturday 11 May 2013

Awesome Day..

Salam,

Hari ni ada wrap up session untuk Peer Coaching yang telah kami(RSS) ikuti selama 4 kali sesi coaching. So, setiap daripada kitaorang kena bercakap dihadapan dewan untuk memberitahu apa yang telah kita dapat selama sesi coaching ini berlangsung. Alhamdulillah semuanya telah berjaya berkongsi dengan baiknya walaupun ada yang ketaq dan gemuruh(akulah tu) ketika pegang microphone tu.

Tengah terketaq-ketaq untuk berkongsi.
Aku rasa sangat bertuah sebab telah diletakkan dalam kumpulan Empire Puma yang bertemakan hitam oren. Terima kasih kepada coach-coach kumpulan ini iaitu kak Tiqah, abang Arif, dan kak Inia yang sudi mendengar, memberi pandangan dan nasihat serta berkongsi pengalaman. Terima kasih juga kepada ahli-ahli kumpulan yang amat sporting untuk berkongsi apa saja yang membuatkan aku rasa sangat berguna. Harap-harap kita semua dapat ditauliahkan sebagai RSS yang rasmi nanti.

Empire Puma bersama Abang Amirul
Lepas tamat tu, Jay, Edwin, Nadwa dengan aku pergi makan di KFC yeaa!!! disebabkan yang lain tak dapat ikut so hanya kami berempat la yang pergi. Dengan gigihnya kami pun berjalan dari fakulti Sastera ke KFC di tengah hari yang panas tadi. Nasib baik aku tak bawak motor, kat luar tu memang jem yang amat. Walaupun sebelum ni aku tak pernah nak bersembang dengan Jay dan Nadwa walaupun satu kumpulan, (maklumla aku ni tak banyak bercakap sangat), ternyata diaorang ni sporting! macam-macam kitaorang sembang dalam KFC tu. Aku sangat terharu tengok Jay call roomate dia tanya nak bungkus apa sebab dua orang roomate dia yang melayu puasa hari ni. You memang caring Jay, bangga dapat kenal dengan you. Lepas sejam lebih kitaorang pun balik ke UM dengan berjalan kaki.

Hari yang sangat menarik bagi aku kerana tidak menjangkakan yang ia akan menjadi semeriah ini. InsyaAllah malam ni aku nak join program U&Me 'Food Homeless" untuk kelandangan. Aku akan menggunakan peluang ini untuk melihat bagaimana kehidupan sebenar-benarnya pada waktu malam di kota metropolitan ini. Inilah masanya sebab kalau nak keluar tengah-tengah  malam kat KL ni amat berbahaya. Doakan semuanya akan berjalan dengan lancar. Amin.

Sekian
FIRDAUS ISHAK 

  
 

Friday 10 May 2013

SEDIA MEMBANTU

Salam,

SEDIA MEMBANTU!!

by Firdaus Ishak


Itulah moto yang digunakan oleh sukarelawan UM untuk Program We Care 4 All di PPUM. Program ini dah berjalan selama tiga minggu dan pada hari ini aku telah menyertainya. Kami diletak di kawasan kereta berhenti untuk menurun dan mengambil pesakit.  Ia bertujuan supaya kami dapat membantu para pesakit terutamanya yang menggunakan kerusi roda untuk naik ke kereta. 

Oleh sebab program ini masih baru dan kurang mendapat sambutan dari kalangan mahasiswa untuk menyertainya, jadi hanya 9 volunteer yang menyertainya untuk sesi petang ini. 

Setelah selesai bervolunteer, kami bergambar... 
Disebabkan jumlah yang kecil inilah baru semuanya dapat merasa pengalaman volunteer membantu pesakit secara sebenar-benarnya. Memang banyak lagi aktiviti sukarelawan yang terdapat dianjurkan oleh UM terutamanya pihak kolej kediaman, akan tetapi mungkin kesukarelawannya kurang keikhlasanya. Bukan nak mengata atau memburukkan sesiapa yang menyertai aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh pihak kolej, tetapi jika dilihat bila kita menyertainya yang pasti apa yang dikejar adalah merit. Kadangkala terdapat aktiviti sukarelawan yang disponser baju dan dibayar elaun. Erti SUKARELAwan itu sendiri telah lari maknanya. Maaf jika ada yang terasa, ini adalah pandangan persendirian sahaja.

Secara amnya, aku rasa para pesakit gembira dengan bantuan yang dihulurkan. Hampir kesemua yang kami bantu tadi adalah pesakit strok. Bukannya mudah untuk mereka bangun dari kerusi roda bagi naik ke kereta terutamanya jika hanya ada seorang ahli keluarga je yang membantu. Aku telah berpeluang memimpin (lebih tepat angkat dari wheelchair masuk ke kereta) seorang pesakit ni, dan sememangnya sukar sangat sebab berat dia tidak digambarkan melalui saiz bandannya yang kurus. Mungkin sebab badan dia dah mati(tidak dapat digerakkan) agaknya menyebabkan ia menjadi berat.

Part yang aku paling suka adalah lepas bantu seorang pesakit ni naik kereta, tiba-tiba ada seorang kakak  chinese ni datang tanya kat aku. Seolah-olah diinterview pula. Dia ni mulanya aku ingatkan family patient yang aku bantu tadi, rupanya bukan. Dia begitu excited dengan volunteer yang kami buat. Dia tanye bila mula? Kita orang ni dari mana? Hanya untuk charity je ke? dia cakap dulu time dia selalu datang dengan kakak dia tak de pun volunteer ni. Mungkin dia sebenarnya memerlukan pertolongan kut time tu. Lastly,  dia puji bagus kerja-kerja membantu yang kami lakukan ni dan muka dia happy sangat.

Masa ni barulah terasa nikmat membantu orang yang sakit ni walaupun hanya menggunakan sedikit kuderat. Kita akan dapat lihat wajah-wajah pesakit yang muram dan familynya yang serius bertukar menjadi senyuman selepas kita membantu mereka. Jangan takut membantu walaupun muka mereka kelihatan garang. InsyaAllah semuanya akan berubah jika kita melakukan dengan ikhlas. Perkataan thank you dan terima kasih itu betul-betul menyentuh hati. 

Jika diberi peluang lagi, aku teringin untuk melakukannya lagi.

sebagai kenangan..
Sekian.
FIRDAUS ISHAK










Wednesday 8 May 2013

Cuba dan terus mencuba

Salam,

Cuba dan terus mencuba, itu adalah erti kehidupan sebagai proses satu pembelajaran tanpa henti.
Alhamdulillah sem ni aku berjaya merasakan ada peningkatan dalam diri ini walaupun ia tidak la senbanyak mana pun. Berbanding dengan semester yang lepas kebanyakkan kursus-kursus yang aku ambil agak kurang difahami apa isi kandungan yang dipelajari sehinggalah menghampiri final exam barulah dapat memahaminya.

Walaupun CGPA aku berada di tahap kepujian, ini tidak bermakna aku boleh selesa dengannya. Jalan terlalu suka berada di dalam zon keselesaan kerana ia tidak akan membawa peningkatan kepada diri kita. Bagi sem ni aku kena berusaha dengan lebih keras untuk mencapai tahap yang lebih bagus. Adalah tidak mustahil untuk aku melakukannya kerana kosmate-kosmate yang lain berjaya mendapatkan pointer yang lebih tinggi pada semester yang lepas.

Apa yang penting adalah pasang niat untuk berjaya dan berusaha segigih yang boleh. Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal buat selama-lamanya. Akhir sekali ikhlaskanlah diri dalam melakukan apa pun jua perkara keranaNya.

Sekian,
FIRDAUS ISHAK 

Tuesday 7 May 2013

10 Must-have For Your Wardrobe

Salam,

Seorang mahasiswa perlu menyediakan pelbagai pakaian di dalam almarinya, supaya dapat disesuaikan dengan majlis yang akan diikuti olehnya. Oleh itu, kali ini saya ingin berkongsi ilmu yang telah saya pelajari daripada Abang Amirul dan Kak Elin semasa Discover Yourself Seminar yang telah dianjurkan pada 16 Mac 2013. Walaupun telah hampir dua bulan seminar ini berlalu, tetapi ilmu tidak akan basi dan masih boleh digunakan.

Item-item ini akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu for guys and ladies.


Contoh wardrobe




Kategori lelaki:
  • Dark tailored suit
  • White shirt; two-ply count and wrinkle free cotton
  • Neck ties, preferably solid colour
  • A leather jacket/ a great sweater
  • Batik/ traditional costume(baju melayu)
  • Well fitted jeans
  • T-shirt( White and black is the basic one)
  • Watch(steel or leather)
  • A pair of dark leather shoes with clean socks
  • Sneakers

Kategori wanita:

  • Black suit with matching pants or skirts
  • White dress shirt
  • Black leather shoes with hosiery
  • Black dress/traditional costume(baju kurung)
  • Great fitting jeans
  • T-shirt/blouse(black,white,bright colour)
  • Sneakers
  • Coat/jacket/sweater
  • Khakis/brown pants
  • Tote bag 
Semoga perkongsian yang diberikan dapat memberikan manfaat kepada kita. Walaupun ada yang mungkin tidah bersetuju dengan senarai di atas, tetapi tidak salah untuk kita mempunyainya sebagai salah satu element yang dapat digunakan untuk menaikkan keterampilan diri kita.

Janganlah kita mensia-siakan apa yang telah kita miliki dan manfaatkannya sebaik yang mungkin.

Sekian,
FIRDAUS ISHAK







HERO!!!!

Salam,

Tajuk post kali ini adalah Hero di mana saya ambil daripada tajuk novel hasil karya Hilal Asyraf.

Novel ini merupakan novel pertama tulisan beliau yang saya baca dan beli. Sebelum ni hanya pernah mendengar nama beliau sahaja.

Muka depan novel Hero by Hilal Asyraf


So post kali ini adalah lebih kepada jenis book review..

Watak Hero merupakan sebuah watak yang seakan-akan seperti watak Batman tetapi yang membezakannya ialah Hero merupakan seorang Islam. Walaupun pada mulanya ia seperti cerita kanak-kanak tetapi ia penuh pengajaran yang dapat diambil terutamanya sebagai seorang muslim.

Sebagai seorang remaja yang telah kehilangan kedua ibu bapanya, Afam nama sebenar Hero telah memegang satu tanggungjawab yang berat untuk mempertahankan Kota Angsana. Kota yang telah dibina oleh arwah ayahnya bersama sembilan sahabatnya yang lain yang dikenali sebagai Sepuluh Jutawan Islam ataupun Ring. Pada mulanya Afam merupakan seorang yang tidak menitikberatkan soal agama, walaupun beliau seorang hero yang mempertahakan sebuah kota yang dibina berasaskan syariat Islam yang sebenar-benarnya.

Pelbagai peristiwa yang dilaluinya telah membuatkan beliau kembali semula ke pangkal jalan dan telah berjaya ditarbiahkan semula ke jalan yang benar. Beliau sedar bahawa selama ini hidupnya adalah kosong!! Hanya dengan mendalami Islam kekosongan itu dapat dipenuhi olehnya. Dengan Islam juga ia telah berjaya menumpaskan penjenayah yang dengki untuk menumbangkan kota tersebut.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada novel ini ialah Islam itu adalah sesuatu yang mudah jikalau kita memikirkannya ia adalah mudah. Buku ini telah membuatkan saya terasa bahawa semua aktiviti seharian kita adalah berlandaskan Islam. Sejauh mana pun kita telah terpesong, masih terdapat ruang untuk kita bertaubat dan kembali semula ke pangkal jalan kerana Allah itu Maha Pengampun.

Sekian.
FIRDAUS ISHAK

Saturday 23 March 2013

Satu minggu yang memenatkan!!!

Salam,

Minggu yang memenatkan ini bukan bermula dari hari Isnin tetapi bermula dari hari Sabtu yang lepas sehingga ke hari ini. Sabtu ke Sabtu huh...

Terminologi kepenatannya adalah seperti ini:

Sabtu(16/3):
Bangun pagi-pagi bersiap untuk pergi DYS di Cititel Hotel,Midvalley. Then program start pukul 9 pagi sampai 5 petang. Bila dah tamat still tak balik UM lg sebab dok meronda Midvalley macam tak pernah sampai ke situ sehingga ke pukul 11 malam baru balik UM. Pengsan terus lepas sampai bilik hingga ke esok harinya (tapi sempat la mandi dulu sebelum pengsan tu!)

Ahad(17/3):
Petang tu keluar ke PJ mencari barang-barang keperluan sebab dah abeh... Jalan-jalan raya ni semuanya dok redah je sehingga jumpe apa nak dibeli. Sekali sekala terpaksa meredah hujan yang turun hanya pada sebahagian jalan raya.

Isnin(18/3):
Moto pancit!!! huh penat tunggang motor yang pancit ni untuk dibawa workshop.. nasib baik sedar sebelum start kelas Dato' Azizan, kira gagahkan jugak gi workshop. Petang sambung dengan kelas pertama bahasa Perancis di KK10 sampai ke senja.

Selasa(19/3): 
Still ada kelas bahasa Perancis tapi dari lepas maghrib sampai ke pukul 9malam. Kene rush dari Kuaz ke KK10(ikut jalan jauh pi pusing kat fac Law dulu sebab tak berani nak ikut bukit cinta kerana sungguh menyeramkan terutamanya diwaktu malam!!!).

Rabu(20/3):
Kelas english habis pukul 7 malam, then bersiap bagi sesi coaching di KPS pula. Coaching punye coaching akhirnya tamat la jua coaching sesi pertama ini dalam pukul 10 malam begitu.

Khamis(21/3):
Mula-mula kelas macam biasa, tiba-tiba lepas tutorial SnT Musyi ajak pi emergency and trauma kat PPUM sebab Firdaus(it was not me but is Apin) dihantar ke situ sebab low pulse rate heartbeat( tak pasti sebut penyakit die adalah begini ataupun tidak sebab dengar2 Apin cakap macam tu). Dok tunggu Apin dengan Musyi, Kak Zati gan Kak Nysa selama beberapa jam sehingga kelas Prof Fauza nak bermula baru kami rush balik UM. Apin still tinggal kat PPUM ditemani oleh Musyi. Malamnya pula gi DTC tonton Atikah Alwani buat persembahan puisi untuk feseni.

Jumaat(22/3):
Tup2 kuliah ganti Prof Fauza tiada!!(masa tidur petang jumaat yang dikorbankan menjadi sia2) tapi kelas tak batal cuma Prof tiada dan ada latihan dalam kuliah pula.. entah2 latihan ni ujian.. Lepas tu dalam pukul 5.30 petang gerak gi PPUM untuk melawat Apin sekali dengan kosmate yang lain. Sekarang ditempatkan di katil 13, wad Kardiologi, Aras 4 Menara Utama PPUM. So sapa2 nak melawat bolehlah datang.. InsyaAllah dia akan sembuh dan discharge dari hospital cepat2. Malam pi tengok feseni(pop band) menemankan si El then balik dalam kehujanan dan nasib baik tidak demam..

Sabtu(23/3) dan Ahad(34/3):
Akan menghadiri bengkel Photoshop sempena 'Create a Book' anjuran SERU dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Its mean no holiday during weekend!! Hari pertama bengkel memang memenatkan kerana memerlukan konsentrasi yang tinggi untuk mempelajarinya. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.


yang benar,
FIRDAUS ISHAK

Pesanan Penaja: HOW YOU ANYTHING IS HOW YOU DO EVERYTHING!!!
 

                            

Tuesday 19 March 2013

Pesta Ko-K UM 2013

Universiti Malaya akan mengadakan Pesta Pendidikan Kokurikulum(Ko-K).
Butir-butirnya adalah seperti berikut:

Tarikh : 30 Mei 2013.
Masa : 9am-10pm
Tempat : Dewan Tunku Canselor(DTC), Universiti Malaya.

DTC UM- Tempat di mana Pesta Ko-K akan berlangsung.
Perjalanan acara pesta adalah seperti berikut:
Pameran : 9am-4pm.
Persembahan : 7.30pm-9pm.

Perkara menarik yang akan turut berlangsung sepanjang tempoh pesta adalah malam kebudayaan dan juga penglibatan pihak NGO yang terlibat dalam perkhidmatan pendidikan, penjagaan atau kaunseling kepada remaja. Tujuan pesta ini diadakan adalah untuk menjadi platform kepada mahasiswa Universiti Malaya untuk mempamerkan kemahiran dan bakat mahasiswa bagi memberitahu dan menunjukkan apa yang telah dipelajari oleh mereka sepanjang semester ini kepada komuniti.


Konklusinya, silalah rancang masa anda bagi membolehkan anda terutamanya mahasiswa Universiti Malaya untuk meluangkan masa bagi menambahkan ilmu pengetahuan semasa pesta ini diadakan nanti.


Sekian,
FIRDAUS ISHAK




Sunday 3 March 2013

Permulaan Baru

Assalamualaikum....

alhamdullilah masih dapat bernafas lagi di hari ini....

Nama diberi Muhamad Firdaus bin Ishak dan berumur mencecah 20 tahun hujung tahun ini, insyaAllah..
Saya baru ingin memulakan dunia blogging disebabkan menyertai satu program SERU iaitu Student Empowerment&Research Unit of University Malaya. Dalam program ini yang dinamakan Real Sahabat Seru(RSS) di mana para mahasiswa yang mengikutinya hendaklah mencipta satu blog peribadi yang akan menjadi kayu ukur perkembangan diri mereka dari semasa ke semasa dan seterusnya akan mengabdikan segala kenangan mereka semasa di UM ni....

Walaupun masih baru dalam dunia blogging ini dan tidak mempunyai sebarang pengalaman, insyaAllah diri ini akan mencuba untuk mencoret segala coretan yang terbaik untuk dikongsi bersama... Kini semester kedua telah pun dua minggu berlalu, so mulakan new life in new semester dan buat habis baik for this semester... Rancanglah segala-galanya sebelum ia terlambat...

Antara photo yang sempat diambil semasa Real Leadership Workshop bertarikh 2/3/2012 bertempat di Dewan Kompleks Perdana Siswa.. Kredit to  Atiqah Alwani kerana photo2 ini diambil daripadanya..

Our speaker yang conduct kiteorang iaitu Abang Amirul.
He is an energetic person....


Edwin,me and Tiqah..
kami adalah coursemate and insyaAllah GEOGRAPHER to be..



Ini sahaja dari diri ini...
yang benar,
FIRDAUS ISHAK