Tuesday 25 February 2014

Sem 4

Assalam...

Sedar tak sedar dah masuk sem 4, rasa macam masih baru nak daftar masuk UM ni.
Hanya tinggal 3 semester saja lagi nak habis belajar. Ohhh semoga diberikan kekuatan nak menghadap pelbagai benda sehingga ke hari konvo. InsyaAllah..

Pointer sem lepas???
Alhamdullilah ada peningkatan walaupun sedikit tapi lebih kepada statik. Masih sama seperti di sem lepas-lepas. Orang lain meningkat tapi aku asyik duduk kat takuk yang sama =.=''
Nak buat macam manakan orang belajar bersungguh-sungguh tapi aku hanya mampu berala kadar sahaja.
Sesungguh pun ada paper yang aku jatuh teruk sangat, namun tak sangka juga ada paper yang banyak membantu menstabilkan balik pointer. Actually memang tak jangka pun dapat result macam tu. Paper yang dapat skor tu pun sebenar ye study last minit. Memang minit-minit yang terakhir. Esok exam pukul 8.30 pagi, malam ni baru terkebil-kebil nak try2 soalan die. Astaga!!! OK tolong jangan buat begini lagi ye dan jangan mencontohi ye!!! Ini sangat merbahaya untuk masa hadapan anda semua...

Oleh sebab itu(penanda wacana yg sgt bagus!!), Sem 4 ni haruslah merancang dengan lebih teliti malah berhati-hati. Maka dengan itu sem ni hanya akan menunpukan kepada paper2 geografi dan satu paper geologi. Sekarang dah minggu ke-2 dan assingment pun mula datang nak ngorat2 supaya jatuh cinta kat die tapi kompem2 la aku hanya mampu berkenal-kenal gitu je. hahaha nak jatuh cinta padanya?? mungkin pada sesetengah daripadanya tapi tidak mampu pada keseluruhan..

Dengan ini saya berdoa agar semester ke empat ini dapat ditempuhi dengan jaya ya..

Sekian.


#MasihBerfikir nak pergi outbound ataupun tidak...



No comments:

Post a Comment