Friday 5 July 2013

Tamat Tahun Pertama

Salam dan hello semua,

Minggu lepas secara rasminya telah tamat pengajian tahun pertama di Universiti Malaya. Walaupun terpaksa mengharungi final exam dalam keadaan terebu yang teruk tapi alhamdulillah kerana bencana ini dapat membuatkan manusia mengingati kebesaran Allah SWT semula. Nasib baik pada hari last paper jerebu telah berkurangan kerana hujan telah turun dengan lebatnya pada hari sebelum itu.

Banyak kenangan manis dan pahit telah dilalui sepanjang tahun pertama di UM ni. Bermula dengan MHS sehinggalah ke final exam semuanya akan terpahat dalam minda. Pada mula tak berminat untuk mendaftar di UM kerana kursus yang ditawarkan bukan lah pilihan yang amat di kehendaki tapi dengan ketentuan Allah mendaftar juga di sini. Syukur sebab sekarang hati dah mampu menerima segalanya dan akan terus berusaha memperbaiki diri untuk kecermelangan dunia dan juga akhirat.

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada keluarga, rakan-rakan dan juga orang yang berada di sekeliling saya kerana telah memberi sokongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan di bumi UM ni. Sekarang hanya mampu berdoa supaya diberikan keputusan final yang terbaik setelah usaha yang dilakukan.
Semoga semua kosmate-kosmate Sains Geografi mendapat keputusan yang terbaik.

Akhir sekali selamat menyambut ketibaan bulan Ramadan kepada semua umat islam diluar sana. Gunakan la peluang ini untuk mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah SWT. InsyaAllah..


Sekian
FIRDAUS ISHAK