Tuesday, 7 May 2013

HERO!!!!

Salam,

Tajuk post kali ini adalah Hero di mana saya ambil daripada tajuk novel hasil karya Hilal Asyraf.

Novel ini merupakan novel pertama tulisan beliau yang saya baca dan beli. Sebelum ni hanya pernah mendengar nama beliau sahaja.

Muka depan novel Hero by Hilal Asyraf


So post kali ini adalah lebih kepada jenis book review..

Watak Hero merupakan sebuah watak yang seakan-akan seperti watak Batman tetapi yang membezakannya ialah Hero merupakan seorang Islam. Walaupun pada mulanya ia seperti cerita kanak-kanak tetapi ia penuh pengajaran yang dapat diambil terutamanya sebagai seorang muslim.

Sebagai seorang remaja yang telah kehilangan kedua ibu bapanya, Afam nama sebenar Hero telah memegang satu tanggungjawab yang berat untuk mempertahankan Kota Angsana. Kota yang telah dibina oleh arwah ayahnya bersama sembilan sahabatnya yang lain yang dikenali sebagai Sepuluh Jutawan Islam ataupun Ring. Pada mulanya Afam merupakan seorang yang tidak menitikberatkan soal agama, walaupun beliau seorang hero yang mempertahakan sebuah kota yang dibina berasaskan syariat Islam yang sebenar-benarnya.

Pelbagai peristiwa yang dilaluinya telah membuatkan beliau kembali semula ke pangkal jalan dan telah berjaya ditarbiahkan semula ke jalan yang benar. Beliau sedar bahawa selama ini hidupnya adalah kosong!! Hanya dengan mendalami Islam kekosongan itu dapat dipenuhi olehnya. Dengan Islam juga ia telah berjaya menumpaskan penjenayah yang dengki untuk menumbangkan kota tersebut.

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada novel ini ialah Islam itu adalah sesuatu yang mudah jikalau kita memikirkannya ia adalah mudah. Buku ini telah membuatkan saya terasa bahawa semua aktiviti seharian kita adalah berlandaskan Islam. Sejauh mana pun kita telah terpesong, masih terdapat ruang untuk kita bertaubat dan kembali semula ke pangkal jalan kerana Allah itu Maha Pengampun.

Sekian.
FIRDAUS ISHAK

No comments:

Post a Comment